Sunday 27 October 2013

F.A.Q simcard REDONE



Frequent Asked Question (F.A.Q) 


1.  Apakah simcard REDONE?
  • Simcard REDONE adalah produk yang bagi syarikat REDtone Mobile yang telah beroperasi sejak 2008. Kami menawarkan khidmat telekomunikasi Pasca-Bayar dengan kerjasama Axiata. 
  • Kami menawarkan PANGGILAN PERCUMA sesama pengguna simcard REDONE serta kadar rata yang rendah dan tetap. Pengguna simcard REDONE akan menikmati penjimatan yang mengagumkan dengan melanggan khidmat telekomunikasi kami.

2.  Bagaimanakah cara untuk melanggan simcard REDONE?
  • Terdapat dua kaedah untuk melanggan simcard REDONE:
    1. melalui wakil REDONE yang berdaftar di kawasan tempat tinggal anda.
    2. melalui website kami www.redoneprovider.blogspot.com
  • Website kami menawarkan perkhidmatan mendaftar dan pembayaran bil secara online. Pengguna perlu membayar sejumlah wang berdasarkan jumlah simcard yang diingini dan emailkan kepada kami butiran-butiran peribadi untuk didaftarkan kepada simcard REDONE pengguna. Kami percaya khidmat pendaftaran dan pembayaran bil secara online mampu menyenangkan para pengguna untuk berurusan dengan cepat dan selamat.
  • Anda dinasihatkan untuk memiliki Akaun simpanan MAYBANK dan email aktif untuk memudahkan urusan pendaftaran dan pembayaran bil REDONE.
  • Untuk pendaftaran, sila rujuk pada tutorial pada pautan ini: 


3.  Berapakah harga yang perlu dibayar untuk melanggan simcard REDONE?
  • Untuk mendaftar, pelanggan perlu membayar sejumlah RM35.00 per simcard. Jika pelanggan melanggan lebih dari seunit simcard, pelanggan perlu membayar: 
X UNIT SIMCARD x RM35.00  =  JUMLAH KESELURUHAN BAYARAN
  • Yuran pendaftaran RM35.00 juga merangkumi kos penghantaran simcard REDONE anda melalui POS LAJU. Oleh itu, sila pastikan alamat yang diberikan ketika mendaftar adalah betul.

4.  Bagaimanakah cara penghantaran simcard REDONE?
  • Sebaik sahaja pendaftaran dan pembayaran yuran pendaftaran selesai diproses, pihak kami akan mengepos simcard REDONE anda pada hari yang sama dengan menggunakan perkhidmatan POS LAJU.
  • Simcard REDONE anda kebiasaannya akan tiba dalam tempoh masa 5 hari bekerja. Penghantaran simcard anda adalah bergantung sepenuhnya kepada servis POS LAJU. Kami akan emailkan Tracking Number bungkusan simcard REDONE anda bagi memudahkan anda memantau bungkusan tersebut.

5.   Bagaimanakah cara untuk menikmati panggilan percuma dari simcard REDONE?
  • Panggilan percuma tanpa had adalah terhad kepada sesama pengguna simcard REDONE. Oleh itu, jika anda berminat untuk memanfaatkan simcard ini untuk mendapatkan panggilan percuma, anda digalakkan untuk mengajak rakan taulan, ahli keluarga atau pasangan anda untuk bersama-sama menggunakan simcard ini.

6.   Adakah panggilan percuma dari REDONE akan kekal selamanya?
  • Ya! Panggilan percuma yang ditawarkan adalah REDONE adalah kekal. Anda hanya perlu melanggan simcard REDONE dan nikmati penjimatan yang mengagumkan.

7.  Bagaimanakah dengan network coverage bagi simcard REDONE?
  • Sistem telekomunikasi yang digunakan oleh simcard REDONE adalah sama dengan CELCOM. Oleh demikian, network REDONE juga boleh didapati di mana-mana sahaja dalam Malaysia sebagaimana network talian CELCOM.